Not only is the universe stranger than we imagine, it is stranger than we can imagine

Cara Digital Menentukan Kiblat

Ada sesetengah kita main hantam aja dlm menentukan arah kiblat. Ada yg pakai kompas yg di beli dgn harga singgit kat MyDin, ada juga yg pakai kompas yg ada kat dlm henpon 3GS, ada juga yg main agak-agak arah kiblat dengan menengok tang mana matahari terbenam.

Wokeh, sblm memulakan arah penentuan kiblat mengikut cara aku nih, memula sekali hangpa kena lerr download satu sofware yg bernama GoogleEarth, itu bumi punya google lahh. Selepas dah download, jgn ler lupa plakkk nk install… tak install kalu, camana nak godek2 daa…

Link utk download GoogleEarth tu ader kat cni:
http://earth.google.com/download-earth.html

Woraits, apabila sudah install, maka step yang pertama ialah, taip perkataan “kaaba mecca” kat dalam kotak ruangan search tu. Cer tengok image contoh kat bawah nih:

Lepas dh isi perkataan kaaba mecca tu, tekan ler butang Search tu. Pastu zoom-in lerr sampai ler hangpa jumpa tang mana Kaabah tu. Pastu kalu rajin, boh ler pin kaler kuning tu dan tandakan dengan perkataan “Kaabah”. Cer tengok camana aku tandakan cam kat bawah nih:

Tujuan menanda dgn pin kuning tu bukan apa, supaya nnt senang sket nk cari tempat2 yg kita nk cari lahh.

Wokeh, Step yang seterusnya ialah, tekan Ruler tuh, pastu nanti dengan menggunakan Ruler tuh, hangpa bubuh ler titik mulanya. Aku boh titik mula Ruler aku tuh kat atas Kaabah tu lah…. ingat arr, Ruler nih misti ada titik mula dan titik akhir. Titik Akhir hangpa blum boh, camana nk boh???

Wokeh, sblm boh titik akhir utk Ruler tu, hangpa bawak mouse hangpa tu pi kat ruangan kotak Search tu lagi sekali, dah boh ler tang mana kedudukan rumah hangpa tu. Rumah aku kat seksyen 23, jadi aku pon boh ler kat kotak search tu “seksyen 23″, pastu aku pun tekan ler butang search.

Cer tengok image kat bawah nih utk pemahaman:

Woraitss… selepas isi kotak search tu dgn “seksyen 23″, dan sebaik aje aku tekan butang search, maka Ruler aku tadi akan bergerak menuju ke kawasan umah aku… Pastu aku pun boh ler Titik Terakhir Ruler aku tuh kat atas area umah aku.

Maka dapat ler aku satu garisan lurus dari Kaabah terusss ke atas umah aku. Cer tengok image kat bawah nih macam mana garisan Ruler yang bermula dari Kaabah sampai ke umah aku:

Kalu tak caya sama ada garisan Ruler tu lurus ker idak, coba ler hangpa ZOOM-OUT, pastu tengok betul2, adakah garisan Ruler tuh bermula dari atas kaabah atau idak. Cer tengok imgage zoom-out aku kat bawah nih:

Yeahhh yeahhh! yess!! maka skrg selesai lah sudah operasi mencari arah Kiblat. Lepas tu, hangpa print-screen , dan otter lerrr gambar Garisan lurus (Ruler) yg melalui umah hangpa tu cantik-cantik. Hangpa kan terrer main dgn adobe-photoshop etc etc… hehee… pastu apa lagi, print lerrr….

Opsss… owhh yerr, lupa larr plak nk habaq kat hangpa, cara penentuan arah kiblat nih, hanya applicable utk mereka-mereka yang rumah mereka ada tertera kat ataih peta google. Hehee~~~…. sapa2 yg dok kat kawasan yang solok lagi hulu spt Pangkalan Hulu, Ulu Yam, Ulu Jempol, Ulu Tembeling… maka ada kemungkinan umah hangpa takdak tercatat atau blurr pada peta google…. jadi leceyy sikit lahhh…

Sekian terima kasihhh…

Azlanar @ Rindunet

Google PPC Click Fraud

Perpetrators of click fraud are getting sneakier and sneakier. Harvard Business School professor Ben Edelman has uncovered one of the more diabolical click fraud schemes known to be hatched. As he summarizes it:

Here, spyware on a user’s PC monitors the user’s browsing to determine the user’s likely purchase intent. Then the spyware fakes a click on a Google PPC ad promoting the exact merchant the user was already visiting. If the user proceeds to make a purchase — reasonably likely for a user already intentionally requesting the merchant’s site — the merchant will naturally credit Google for the sale. Furthermore, a standard ad optimization strategy will lead the merchant to increase its Google PPC bid for this keyword on the reasonable (albeit mistaken) view that Google is successfully finding new customers. But in fact Google and its partners are merely taking credit for customers the merchant had already reached by other methods.


Edelman details all of the specifics about his dicovery, pointing to an example perpetrator – Trafficsolar, which he blames InfoSpace for connecting Google to. He also suggests Google discontinue its relationship with InfoSpace and other partners who have their own chains of partners, making everything harder to monitor. In his example, he finds an astounding seven intermediaries in the chain between the click and the Google ad itself.

“Furthermore, Google styles its advertising as ‘pay per click’, promising advertisers that ‘You’re charged only if someone clicks your ad,’” says Edelman. “But here, the video and packet log clearly confirm that the Google click link was invoked without a user even seeing a Google ad link, not to mention clicking it. Advertisers paying high Google prices deserve high-quality ad placements, not spyware popups and click fraud.”
As Andy Greenberg with Forbes points out in an article, which brought Edelman’s findings to the forefront of mainstream exposure (and likely to Google’s attention), Edelman has a history of criticizing Google, is actually involved with a lawsuit involving misplacement of Google ads, and has served as a consultant to Microsoft, but maintains that this research is not funded by Microsoft or a company involved in that lawsuit. Greenberg reports:

As for its ability to detect the new form of click fraud, Google has long argued that it credits advertisers for as much as 10% of their ad spending based on click fraud that the company detects. While the company wouldn’t comment on Edelman’s TrafficShare example, a spokesperson wrote that the company uses “hundreds of data points” to detect fraud, not just clicks.

In a report last October, click fraud research firm Click Forensics measured click fraud at around 14%, significantly higher than Google’s estimates. But even Click Forensics may not be counting the sort of click fraud Edelman accuses TrafficSolar of committing. Because Click Forensics’ data is pulled from advertisers, the company can’t necessarily detect click fraud that is disguised as real customers and real sales, according to the company’s chief executive, Paul Pellman. Pellman believes, however, that the kind of click fraud Edelman discovered is likely mixed with traditional click fraud to increase the scheme’s traffic volume while keeping it hidden.

Click Forensics’ own Steve O’Brien says “it was probably a fairly low-volume scheme to begin with. It’s limited to machines of users that are infected with spyware who also visit select Google advertisers…It’s a problem, but probably not a huge one. What would make it more serious is if there were another version of the spyware that simply clicks on paid links in the background without the user’s knowledge…”

As for Edelman’s suggestion that Google sever ties with Infospace and the like, O’Brien doesn’t think it is worth going that far. “A better solution would be for Google and InfoSpace to deal only with reputable partners who provide verified, audited clicks to ensure advertisers get what they pay for,” says O’Brien.

Though Click Forensics appears to downplay the threat compared to Edelman’s own analysis, it shows the increasing sophistication with which fraudsters are carrying out their plots. Good times.

Dayus –

Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

“habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?”

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respon : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat..

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

Cool Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- ” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

?? ??? ??? ???? ??? ????

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
http://boommadu.blogspot.com/

List your Security Site

If you have your own website (blog, forum etc etc) which focusing mainly on IT Security, probably InfoSec Directory is your choice to get your website listed in Security Directory portal

Satu Pertanyaan

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/bukan-melayu-sebagai-mb-katakan-yang.html

terpanggil untuk memberi komen kepada pemilik blog tersebut, kita tgk nanti dia approve ke tak komen ni

nak tanya satu soklan untuk mereka yang non Malay

1) Kat Negara China – adakah penduduk berketurunan lain boleh jadi presiden

2) Kat Singapore (dulu singapura) – ada 1% chance tak untuk melayu islam sana jadi PM?

3) korang pi sekolah yang ade murid cina dan cuba tanya pasal Perdana Menteri… jgn terkejut kalau derang cakap… buat apa setia kat negara malaysia… bukan boleh jadi PM pon (ni budak sekolah jawab ni)

4) yang pemilik ni dok bangga dia tu cina islam tu tak asobiyah ke? ke dia tak tahu maksud melayu dalam perlembagaan? ke ada agenda lain?

Keadilan Dari Kaca Mata Malaysia

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibela oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Adil

Adil tak semestinya sama rata. Kesamarataan total itu konsep barat. Lihat kapitalisme yang kaya semakin mewah sedangkan yang miskin semakin melarat. Dalam Islam, adil itu pada yang hak sebab itu dalam perwarisan bahagian anak lelaki adalah dua berbanding satu bagi perempuan. Begitujuga dengan polisi bersama PAKATAN yang diluluskan, kesamarataan yang disepakati mestilah berdasarkan kepada mekanisme pada yang hak bukan atas konsep kesamarataan semata-mata.

Justeru itu, kita faham mengapa PAS dan pemimpin Melayu PKR keberatan mendukung p/raya kerajaan tempatan yang dimahukan DAP selama ini. Benar, warga kota dan bandar berhak dari prinsip demokrasi memilih wakil mereka dalam majlis perbandaran tetapi ini tidak adil bagi masyarakat Melayu yang majoriti masih di desa dan pinggir kota kerana jika ia dilaksanakan nescaya anggota majlis akan dimonopoli oleh kaum Cina sahaja kerana di kawasan bandar memang majoritinya adalah berketurunan Cina.

Tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana orang Melayu yang datang ke bandar merasakan seolah-olah mereka terpinggir dengan dominasi orang Cina dalam segenap lapangan aktiviti terutama ekonomi di bandar-bandar. Itulah di antara sebab mengapa ‘local council’ dimansuhkan oleh kerajaan Perikatan pada waktu itu bagi menjamin keseimbangan wakil setiap kaum dalam majlis perbandaran.

Kita bukan perkauman dan kita mendukung prinsip kesamarataan PAKATAN asalkan ianya berlandaskan kepada mekanisme pada yang hak bukan samarata secara total! ‘Local council’ hanya satu contoh dari banyak contoh yang jika mekanisme samarata secara total akan mewujudkan ketidakseimbangan antara kaum dalam negara yang bakal mencetuskan konflik. Walaupun PAKATAN sering melaungkan akan keruntuhan tembok perkauman tetapi hakikatnya perasaan kepunyaan kepada kaum sendiri (ethnic belonging) tetap ada kerana itulah warisan penjajah British dan itulah amalan kerajaan Perikatan seterusnya BN untuk terus kekal berkuasa di persada politik tanahair.

Jika DAP bersungguh menekan PAS tidak mengetengahkan Negara Islam dalam polisi yang dirangka, maka DAP juga sepatutnya berkorban mengenepikan kemahuan p/raya kerajaan tempatan walaupun itu adalah manifesto parti itu dalam beberapa p/raya umum lepas. Jika PAS boleh menerangkan kepada pengikutnya mengapa DAP juga tidak boleh? Ini kerana, kalau sudah berpakat mestilah tidak semua perkara yang dimahu akan diterima sebaliknya setiap pihak mestilah bersedia untuk berkorban agar sesuatu yang dibentangkan itu diterima oleh semua.

Oleh yang demikian, Lim Kit Siang perlulah bijak memainkan peranan agar tidak lagi berbangkit soal mengungkit secara terbuka perkara yang masih kabur kepada Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Hanna Yeoh kerana tiada seorang pun wakil pembahas PAS mengungkit negara Islam dalam perbahasan polisi yang dirangka.

Amjai 2009

Doa

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

http://drmaza.com/home/?p=868

PPMSI – bodoh nya sapa sokong mansuhkan PPMSI

Terjumpa seorang so called “TECH SAVVY” tapi penyokong tegar kepada PPMSI, berikut adalah hujah hujan yang menyokong yang sempat di ingat

1) Soalan : Kenapa nak mengajar dalam bahasa Inggeris sedangkan pembelajaran dalam bahasa melayu adalah lagi mudah?
Jawapan: Buat apa nak mengajar dalam bahasa melayu kalau kita tahu kanak2 boleh di’push’ sampai maksimum? tgk contoh pelajar cemerlang dari Kelantan baru2 ini… budak nya miskin tapi boleh cemerlang?

2)Soalan:  Jepun, Korea etc etc semua maju.. tapi semua pakai bahasa ibunda?
Jawapan: Derang ade produk, so derang boleh buat sesuka hati, tgk je sebagai contoh kereta Wish recond dari jepun… ada bahasa jepun kan…

Setakat tu je yang diingat, perbincangan baru nak start dah terpaksa di stop bile commercial kicks in… anyway… ada sapa nak komen?

Jenis Darah Menentukan Personaliti

Menurut sebuah institut penyelidikan di Jepun yang menjalankan kajian terhadap jenis darah, mereka menyatakan sesetengah personaliti bertepatan dengan jenis darah yang berkaitan.

O
Anda merupakan seorang yang ingin menjadi pemimpin. Apabila anda ingin mendapatkan sesuatu, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Anda juga merupakan seorang trend-setter, setia, bersemangat, dan konfiden dengan diri anda. Kelemahan anda ialah suka bermegah diri dan kuat cemburu serta mempunyai kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetetif.
A Anda sukakan keharmonian, keamanan dan lebih tersusun. Anda mudah bekerja dengan orang lain, sensitif, sabar dan penyayang. Antara kelemahan anda ialah kedegilan dan ketidakupayaan anda untuk berehat.
B Anda merupakan seorang yang agak kasar, lebih jelas dan berterus terang dalam melakukan sesuatu serta suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri. Anda kreatif dan fleksibel serta mudah beradaptasi dengan suasana persekitaran. Namun, sikap anda yang terlalu bebas mungkin menyebabkan anda keterlaluan dan inilah kelemahannya.
AB Anda merupakan seorang yang cool dan terkawal. Kebiasaannya anda disukai dan selalu menyebabkan orang disekeliling anda berasa senang. Anda juga seorang yang mempunyai keupayaan untuk menhiburkan orang lain. Namun, anda selalunya mempunyai masalah dalam membuat keputusan.

Otak.Org.My (OOM) is powered by Wordpress | WordPress Themes